Quran Stand - AMRU
Discover the perfect gift for any occasion! Check out!

Click to Get a RM10 Discount for Your First Purchase!

Memperkenalkan Quran Stand

Rehal Al-Quran Yang Cantik, Lasak & Fleksibel.

Rehal dihasilkan dari kayu pokok pine yang tahan lasak. Ia boleh dilaras mengikut postur badan dan aras mata untuk keselesaan mengaji.

Authentik Dari Turki

Rehal ini adalah hasil kraf tangan pengeluar kecil yang merupakan pelarian Syria di Turki.

Tampak Eksklusif

Rekabentuk serta hasil kraf tangan rehal ini sangat cantik. Diletakkan di dalam box yang eksklusif.

Pilihan Saiz & Warna

Rehal ini hadir dengan dua pilihan saiz dan warna untuk memenuhi kepelbagaian keperluan pengguna.

Tahan Lasak

Kayu pokok pine yang digunakan telah disalut cecair khas untuk menjadikannya tahan lasak dan tahan lama.

Jenama Pilihan & Dipercayai Oleh

Kini Mengaji Al-Quran Lebih Selesa

Tidak seperti rehal biasa yang berada di dalam pasaran, AMRU Quran Stand menjanjikan pelbagai kelebihan untuk anda menghidupkan hari dengan al-Quran.

Boleh Laras

Rehal ini boleh dilaraskan ketinggiannya mengikut keselesaan aras mata anda untuk mengaji Al-Quran dengan selesa. Tiada lagi masalah sakit belakang ketika mengaji.

Mudah Digerakkan

Rehal ini mempunyai tayar pada bahagian bawah. Ia memudahkan untuk anda menyimpan, menggerakkan dan menggunakannya pada bila-bila masa yang diperlukan.

Stabil & Tahan Lasak

Kayu pokok pine digunakan untuk menghasilkan rehal ini. Ia boleh menampung beban Al-Quran yang berat. Kayu pine ini juga membuatkan rehal tahan lebih lama.

Dua Saiz Untuk Keperluan Berbeza

Dengan pilihan dua saiz yang berbeza, AMRU Quran Stand akan menjadi teman setia anda untuk membaca ayat suci al-Quran.

Spesifikasi

Quran Stand Small

Sesuai untuk kegunaan pada kedudukan yang lebih rendah seperti bersila di atas lantai.

Ketinggian:

38 cm - 51 cm +-

Bahan:

Kayu pokok pine

Warna:

Maple / Walnut

Berat:

3300+- gram

Harga Seunit

RM 429.00

Spesifikasi

Quran Stand Medium

Sesuai untuk kegunaan pada kedudukan yang lebih tinggi seperti imam solat & baca khutbah.

Ketinggian:

59 cm - 91 cm +-

Bahan:

Kayu pokok pine

Warna:

Maple / Walnut

Berat:

5000+- gram

Harga Seunit

RM 499.00

Maple

Warna cerah pada bahagian permukaan tengah yang tertera perkataan 'al-Quran Karim'. Dihiasi dengan warna gelap pada bahagian tepi.

Walnut

Warna gelap pada bahagian permukaan tengah yang tertera perkataan 'al-Quran Karim'. Dihiasi dengan warna cerah pada bahagian tepi.

Dipercayai Oleh 30,000++ Pengguna

4.7 dari 5 pengguna telah merasai pengalaman yang positif menggunakan produk keluaran AMRU. Sebahagian dari mereka sudi berkongsi pengalaman dengan anda.

Bahagiakan Diri, Kenalan & Orang Tersayang

Hadiah paling bermakna untuk diri sendiri dan membahagiakan orang lain.

Kegunaan Diri Sendiri

Hargai diri sendiri, anda selayaknya menikmati pengalaman mengaji dengan lebih selesa.

Hadiah Untuk Pasangan

Rehal AMRU adalah pilihan hadiah yang tepat untuk diberikan kepada orang tersayang.

Menghargai Mak Ayah

Zahirkan penghargaan kepada kedua orang tua yang banyak berkorban untuk membesarkan kita.

Sebagai Hantaran Kahwin

Rehal AMRU sangat sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu barangan hantaran pada hari istimewa anda.

Kejutan Hari Lahir

Ramai yang menjadikan rehal AMRU sebagai satu kejutan untuk meraikan hari lahir seseorang.

Hadiah Kepada Sahabat

Rehal AMRU juga sangat sesuai dihadiahkan kepada seseorang yang bergelar sahabat.

Wakaf Untuk Orang Awam

Rehal AMRU boleh diwakafkan untuk kegunaan orang awam di surau atau masjid.

Gembirakan Keluarga

Rapatkan perhubungan dengan menghadiahkan ahli keluarga anda rehal AMRU.

Menghargai Jasa Guru

Guru ibarat lilin yang membakar diri, gembirakan mereka dengan rehal AMRU.

Insya-Allah..

Mengaji Al-Quran Dengan Selesa..

Bayangkan anda dan ahli keluarga dapat mengaji al-Quran dengan pengalaman yang berbeza..

Tiga Jaminan Untuk Anda

Nikmati pembelian yang sungguh berbaloi, tanpa sebarang risiko..

Pulangan Wang 30 Hari

Jika ada kerosakan, tidak berpuas hati atau sebagainya, maklumkan kepada kami untuk pemulangan wang.

Produk Berkualiti

Rehal yang cantik, selesa dan mudah dibawa kemana-mana untuk membaca al-Quran setiap hari.

Harga Yang Berpatutan

Anda akan dapati rehal ini dijual dengan harga yang jauh lebih murah dengan apa yang anda akan rasai.

Shop Now, Pay Later with Our Easy 3-Month Installment Plan. Minimum Spend: RM50. Interest-Free and Shariah-Compliant.

Pilih Kuantiti & Tempah Sekarang

Cuba sekarang dan miliki Quran Stand AMRU untuk keselesaan mengaji anda.

Sale!

Quran Stand

13 maklumbalas
(13 customer reviews)

RM299.00RM369.00

Koleksi rehal ukiran kayu dengan fungsi ketinggian boleh laras mengikut keselesaan postur badan semasa membaca al-Quran. Lengkap bersama tayar beroda bagi memudahkan anda membawa rehal dan menyimpan semula selepas selesai penggunaan.

Pilih Kuantiti

13 feedbacks for Quran Stand

  1. Mohd Sallehin Bin Abdullah

    Sangat cantik.. mudah nk alih sebab beroda.. boleh sorong sorong. πŸ‘πŸ»

  2. Dayang Norafizah Binti Abang Sulaiman

    alhamdulillah.. sampai ke sarawak dgn baik. kotak pun di wrap dgn baik tak remuk.. brg berkualiti tinggi serta ukiran indah mengangkat jiwa mencintai Al-Quran.. terima kasih seller..

  3. Intan Zanariah Sharuddin

    Functionality good, but not really a perfect finishing.. the stand is chipped a bit (no proper packaging, only put in plastic inside a box so yeah, prone tu chipping) and at the middle of rehal can see the metal colour amongst gold paint πŸ˜“

  4. Noor Aisah Yacob

    Alhamdullillah terima pesanan semalam. Amat berpuashati. Saya ada masalah nak pasang quran stand, pada bahagian quran tray pada stand. Masalah nak masukkan Snap Lock Pin pada lubang yang disediakan. Tak ada tenaga nak tolak quran tray pada stand, ketat.

    Saya tinggal sendiri, tak ada siapa nak bantu.

  5. Norasyikinefaizal(Nadia)

    Alhamdulillah sampai sudah penghntaran cepat trima ksh ya.

  6. Lily Tuah
    verified AMRU buyer

    Alhamdulillah tempahan Quran stand telah selamat diterima. Saya sangat suka stand tersebut. Sungguh cantik & suami saya juga suka ukiran yg ada. Installation juga mudah. Berbaloi terutama untuk posture waktu membaca al-quran sebab mudah di laraskan.

    Terima kasih ya. In shaa Allah kalau ada rezeki nak beli lagi satu untuk suami pula.

    Lily

    P/S : sayangnya tasbih free gift tu belum sempat pakai, tali dia dh putus waktu dikeluarkn dari pouch.

  7. Marzita

    Alhamdulillah, rehal dah sampai!

  8. DrNasa

    Alhamdulillah, dah sampai dgn selamatπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

  9. Nur Farah Diyanah

    Rehal mempunyai defect. Lining gold tercabut pada permukaan rehal.

  10. Nur Faizah
    verified AMRU buyer

    Alhamdulillah, ibu saye sangat2 suka dengan quran stand yang sy belikan.

  11. Nurnasihah binti Shahbuddin

    Alhamdulillah. Install pun senang. Cantik sangat masyaAllah. Delivery pun pantas! Saya beli ya, jazakallahu khayr.

  12. Zaiton Tamby
    verified AMRU buyer

    Alhamdulillah, selamat sampai ke sini.
    Ini sangat memuaskan samada kita duduk di atas lantai atau di kerusi. Ianya boleh dibuat seperti meja runjukkan bagi anak saya yg sedang belajar tafsir Al Quran.

  13. Faizal
    verified AMRU buyer

    Untuk maaluman – Rehal stand ni saya infaqkan pada sebuah Surau di Terengganu, dimana saya sendiri tidak pernah sampai ke sana.
    Rehal tersebut telah diposkan pada sesorang yang saya pernah bantu & minta bantuan suatu ketika dulu (En Ibrahim)
    Maalum balas yang saya terima, Rehal tersebut adalah sangat disukai oleh AJK Surau di sana kerana cantik.
    Tok Imam juga suka, dan rehal tersebut dapat digunakan untuk letak Al quran utk bacaan Quran dalam Solat Terawih & untuk kegunaan sewaktu beri tazkirah / ceramah.

Do you have any feedback to share?

We're excited to hear your honest feedback. Your words will serve as a source of inspiration and learning for us. Please click the button below to share your thoughts. Thank you!

Add a review

Your email address will not be published.

Soalan-Soalan Lazim

Berikut adalah persoalan yang sering diajukan berkaitan Quran Stand AMRU.

Ya boleh! Rehal yang dikeluarkan oleh AMRU adalah menggunakan bahan berkualiti tinggi dan asli. Kami menggunakan kayu pokok pine yang tahan lasak untuk menampung berat beban al-Quran besar.

Untuk kegunaan imam solat, anda boleh menggunakan Quran Stand saiz medium. Ia boleh dilaraskan untuk ketinggian maksima 91 cm. Sudah cukup untuk aras mata bagi posisi berdiri bagi lelaki dengan ketinggian sederhana.

Quran Stand AMRU telah ditawarkan dengan harga terbaik berdasarkan kualiti rehal yang pertama seumpamanya dalam pasaran. Selain itu, ia juga disertakan dengan kotak eksklusif sesuai untuk hadiah kepada orang yang tersayang.

Insya-Allah, boleh. Sila emelkan hasrat anda ke salam@amru.com untuk pihak kami hubungkan dengan masjid atau surau yang memerlukan.