Travel Sajada - AMRU
Place orders by April 3rd for Hari Raya. Last shipments go out April 7th.

Click to Get a RM10 Discount for Your First Purchase!

Memperkenalkan Travel Sajada

Sejadah Yang Mudah Dibawa Bersama.

Sejadah putih minimal. Hanya perlu lipat dan boleh dibawa seperti beg. Teman solat harian anda di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Mesra Travel

Sejadah yang mudah dibawa kemana-mana. Boleh dilipat menjadi beg dan apabila dibuka menjadi sejadah.

Minimal

Sejadah berwarna putih dan menggunakan jahitan geometri Islamik yang sangat cantik.

Berkualiti

Menggunakan fabrik poliyester yang berkualiti tinggi dan ia memberi kesan sejuk pada permukaan.

Mesra Cucian

Sejadah boleh dibasuh tanpa menjejaskan kualitinya. Masih kelihatan baru walaupun dibasuh berulang kali.

Jenama Pilihan & Dipercayai Oleh

Direka Khas Untuk Kegunaan Dikala Pandemik.

Sejadah AMRU memberikan pelbagai kelebihan yang boleh membantu memudahkan ibadah anda.

Mudah Dibawa

Fabrik sejadah travel AMRU ini tidak tebal dan sangat ringan. Jadi ia mudah untuk dibawa kemana-mana dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja.

Lebih Selesa

Sejadah ini menggunakan fabrik Polyester yang berkualiti tinggi. Hasilnya sejadah ini mempunyai kesan sejuk bila digunakan. Lebih selesa berbanding sejadah biasa.

Tak Terganggu

Tanpa sebarang corak, sejadah AMRU boleh membantu pengguna untuk lebih fokus apabila mendirikan solat. Tiada lagi mengelamun memerhati corak sejadah.

Seperti Beg

Sejadah ini boleh dilipat menjadi saiz kecil dan mempunyai tali pemegang seperti beg. Ia memudahkan anda untuk bawa sejadah ini kemana-mana.

Boleh Dibasuh

Sejadah AMRU boleh dibasuh berkali-kali menggunakan tangan atau mesin basuh. Ia masih kekal cantik walaupun bertahun anda menggunakannya.

Putih Bersih

Sejadah AMRU dihasilkan dengan kain berwarna putih bagi mencerminkan lambang kebersihan dan kesucian untuk menyembah Sang Pencipta.

Memenuhi Keperluan Solat Di Mana Sahaja.

Sejadah AMRU mempunyai fleksibiliti untuk menjadi teman setia anda walau dimana sahaja anda ingin mendirikan solat.

Spesifikasi

Travel Sajada

Sesuai untuk kegunaan solat harian anda di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Ukuran Dibuka:

56 cm x 110 cm +-

Ukuran Dilipat:

13 cm x 20 cm +-

Fabrik:

High Quality Polyster

Warna:

Putih

Berat:

400+- gram

Harga Sehelai

RM 79.00

Dipercayai Oleh 30,000++ Pengguna

4.7 dari 5 pengguna telah merasai pengalaman yang positif menggunakan sejadah AMRU. Sebahagian dari mereka sudi berkongsi pengalaman dengan anda.

Pandangan Media Terhadap AMRU

Tawaran Menarik & Hadiah Percuma!

Nikmati diskaun dan hadiah istimewa bagi menghargai pembeli sejadah AMRU.

Diskaun RM10

Nikmati potongan harga RM10 bagi setiap pembelian Sajada Travel. Semakin banyak kuantiti pembelian, semakin jimat.

Disertakan Zipper Bag

Setiap helai Sajada Travel akan diletakkan di dalam zipper bag AMRU. Ia bagi memastikan sejadah sentiasa terjaga dari kekotoran. Ia boleh digunakan berkali-kali.

Penghantaran Percuma

Setiap pembelian bernilai RM250 ke atas akan menikmati penghantaran percuma ke seluruh Malaysia. Jimat lebih RM10++ bagi kos penghantaran bagi setiap helai.

Free Gift Terhad

Dapatkan Perfume Sejadah & Gift Card Bernilai RM12.90 Secara Percuma!

Setiap helai sejadah AMRU akan diberikan pewangi sejadah dengan haruman yang sangat tenang. Satu calitan sahaja boleh membuatkan sejadah anda wangi sehinga 72 jam. Bebas alkohol. Gift card juga disediakan untuk anda sampaikan ucapan kepada orang yang tersayang agar pemberian hadiah lebih bermakna.

Bahagiakan Diri, Kenalan & Orang Tersayang

Hadiah paling bermakna untuk diri sendiri dan membahagiakan orang lain.

Kegunaan Diri Sendiri

Hargai diri sendiri, anda selayaknya menikmati pengalaman solat dengan sejadah yang selesa.

Hadiah Untuk Pasangan

Sejadah AMRU adalah pilihan hadiah yang tepat untuk diberikan kepada orang tersayang.

Menghargai Mak Ayah

Zahirkan penghargaan kepada kedua orang tua yang banyak berkorban untuk membesarkan kita.

Sebagai Hantaran Kahwin

Sejadah AMRU sangat sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu barangan hantaran pada hari istimewa anda.

Kejutan Hari Lahir

Ramai yang menjadikan sejadah AMRU sebagai satu kejutan untuk meraikan hari lahir seseorang.

Hadiah Kepada Sahabat

Sejadah AMRU juga sangat sesuai dihadiahkan kepada seseorang yang bergelar sahabat.

Wakaf Untuk Orang Awam

Sejadah AMRU boleh diwakafkan untuk kegunaan orang awam di surau atau masjid.

Gembirakan Keluarga

Rapatkan perhubungan dengan menghadiahkan ahli keluarga anda sehelai sejadah AMRU.

Menghargai Jasa Guru

Guru ibarat lilin yang membakar diri, gembirakan mereka dengan sejadah eksklusif AMRU.

#KitaJagaKita..

Setiap Orang Sehelai Sejadah..

Bayangkan anda serta ahli keluarga masing-masing mempunyai sejadah sendiri untuk solat dimana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Insyallah lebih selamat.

Tiga Jaminan Untuk Anda

Nikmati pembelian yang sungguh berbaloi, tanpa sebarang risiko..

Pulangan Wang 30 Hari

Jika ada kerosakkan, tidak berpuas hati atau sebagainya, maklumkan kepada kami untuk pemulangan wang.

Produk Berkualiti

Sejadah premium yang lebih cantik, lebih selesa dan sungguh berkualiti dari setiap aspek untuk kegunaan harian.

Harga Yang Berpatutan

Anda akan dapati sejadah ini dijual dengan harga yang jauh lebih murah dengan apa yang anda akan rasai.

Tawaran Harga Istimewa Untuk Anda

Nikmati tawaran terkini dengan pelbagai penjimatan.

Sehelai

RM69

Harga asal bagi sehelai Travel Sajada ialah RM79.

Anda akan memperolehi:

  • Sejadah Travel x 1
  • Pewangi Sejadah x 1
  • Kad Hadiah x 1
  • Jimat RM22.90!

Dua Helai

RM129

Harga asal bagi dua helai Travel Sajada ialah RM158.

Anda akan memperolehi:

  • Sejadah Travel x 2
  • Pewangi Sejadah x 2
  • Kad Hadiah x 2
  • Jimat RM54.80!
Set Jimat

Tiga Helai

RM159

Harga asal bagi tiga helai Travel Sajada ialah RM237.

Anda akan memperolehi:

  • Sejadah Travel x 3
  • Pewangi Sejadah x 3
  • Kad Hadiah x 3
  • Jimat RM116.70!
Shop Now, Pay Later with Our Easy 3-Month Installment Plan. Minimum Spend: RM50. Interest-Free and Shariah-Compliant.

Pilih Kuantiti & Tempah Sekarang

Cuba sekarang dan miliki sejadah AMRU untuk menemani solat anda.

Sale!

Travel Sajada

64 reviews
(64 customer reviews)

RM69.00

Sejadah putih minimal. Hanya perlu lipat dan boleh dibawa seperti beg. Teman solat harian anda di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

Out of stock

64 reviews for Travel Sajada

5 Star

100 %
64 review(s)

4 Star

0 %
0 review(s)

3 Star

0 %
0 review(s)

2 Star

0 %
0 review(s)

1 Star

0 %
0 review(s)

Reviewed by 61 customer(s)

Sort by

  • Sriyalzuma Yahaya

    Anyway shipping laju semua okayy tqq sellleer

    January 30, 2022

    Helpful?

  • Noorafidah Mohd Nasir

    Suka sgt. Lembut, suci je rasa..Berbaloi..moga yg baik baik je??

    January 30, 2022

    Helpful?

  • Juliana Shahida

    Sejadah travel paling best, senang nak lipat & masukkan dalam bag. Kalau ada warna lain mesti lagi cantik. Tq team AMRU yang cepat proses order

    January 23, 2022

    Helpful?

  • Roslaini Ruslan

    Alhamdulillah so far travel sejadah tu sangat sesuai untuk travel dan selesa la bila guna sejadah tu.

    January 20, 2022

    Helpful?

  • Noor Fahzany Kalanoh

    Saya menggunakan sejadah Amru classic sejak dihadiahkan sahabat baik saya. Tersangat suka menggunakannya saya telah membeli pula set yg sama untuk bonda saya… Bila Amru membuat tawaran hujung tahun, saya membeli 3 travel sejadah utk dihadiahkan pula pada sahabat2 yg selalu travel. Walaupun ia sedikit nipis berbanding sejadah classic dengan corak yg simple tetapi ia lebih praktikal untuk travel, mudah dilipat, senang disandang, tidak berat dan tidak bulky… Saya kira utk membasuh dan mengeringkannya juga jauh lebih mudah…

    January 12, 2022

    Helpful?

  • Razak Yakob

    Sejadah travel ni bagus. Saya suka.
    Sejadah travel ni elok as a gift.

    January 12, 2022

    Helpful?

  • Maisarah Ab Rahman

    Alhamdulillah …saya buat tempahan memang utk travel ..saya n suami dpt menggunakan sejadah tersebut kali pertama di Mesjid Ubudiah Kuala Kangsar…Sangat sesuai dan selesa…

    January 10, 2022

    Helpful?

  • Mohd Yahya Abu Seman

    Alhamdulillah. Dah terima dalam tempoh tak sampai 48 jam. Sempat bawa balik kg. Guna masa travel. Tak perlu guna sejadah lain dh. Lembut.. wangi ja. Lipat2, butang kan ja.. jimat ruang. Highly recommended✌️

    January 3, 2022

    Helpful?

  • Andra Israh binti Ab Halim

    Fast delivery and received free gift as mentioned. Terima kasih

    January 2, 2022

    Helpful?

  • Raja Ahmad Mustaqiim

    Barang sampai baik2 saja. Kain cantik siap boleh pakai cam handbag. Selesa dipakai n bawa kemana shj. Terima kasih freegift minyak wangi. Terbaik seller.

    December 21, 2021

    Helpful?

Leave feedback about this

Your email address will not be published.

Rate Your Satisfaction*

ReviewX

E.g.: https://www.youtube.com/watch?v=HhBUmxEOfpc

Soalan-Soalan Lazim

Berikut adalah persoalan yang sering diajukan berkaitan Sejadah AMRU.

Sajada Travel keluaran AMRU memang berwarna putih sahaja. Insyallah ia lebih cantik kerana ia mencerminkan lambang kebersihan dan kesucian. Warna putih juga akan membuatkan kita sentiasa peka terhadap kebersihan sejadah yang digunakan. Jika inginkan sejadah berwarna, boleh lihat pelbagai koleksi lain.

Caranya mudah sahaja, anda boleh rujuk video tutorial ini. Jika menghadapi sebarang masalah, hubungi pegawai khidmat pelanggan AMRU untuk bantuan.

Harga sejadah AMRU adalah yang paling berpatutan di dalam pasaran dengan menggunakan kapas asli dan ketebalan yang dijanjikan. Namun, anda boleh dapat harga diskaun apabila membeli dengan kuantiti yang lebih banyak.

Sejadah AMRU boleh dibasuh berkali-kali tanpa ia mengecil atau mengembang yang menyebabkan sejadah ini rosak. Kapas asli memang terbukti tahan lama dan tahan lasak. Anda boleh mencuci sejadah ini dengan mesin basuh. Ikuti langkah penjagaan yang tertera di label sejadah.

Boleh! Kami boleh berikan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia walaupun berapa kuantiti yang anda inginkan. Tetapi jika di luar Malaysia, kos penghantaran ditanggung oleh anda.

Boleh. Cuma penghantaran percuma yang telah pihak kami janjikan adalah untuk satu alamat sahaja. Jika ada penambahan alamat lain, kos penghantaran akan ditanggung oleh pihak anda.

How Can We Help?

+6017 616 5683 +6010 931 2089 salam@amru.com
We're here to help from Sunday to Thursday, 9:00 AM to 5:00 PM MYT, excluding public holidays.

Unlock 10% Off

Exclusive deals, early access, and first look at new products, right to your inbox.