Karier di AMRU
Kami jujur dan telus dengan semua orang di dalam melaksanakan tugas. Ia meliputi semua aspek, termasuk diri sendiri.
Kami bertanggungjawab terhadap perkara yang telah diamanahkan serta bertanggungjawab di atas akibat bagi setiap keputusan.
Kami berkongsi segala dapatan yang diperolehi, baik atau buruk, untung atau rugi, agar dapat diteladani bersama.
Kami sentiasa belajar perkara baru. Membangunkan diri kami dengan kemahiran dan pengalaman baru yang dikutip.
Kami terbuka untuk bekerjasama dengan anda. Anda bakal menikmati:
Pereka Grafik
Sepenuh Masa
Pereka grafik bertanggungjawab menghasilkan pelbagai jenis rekabentuk grafik yang diperlukan oleh semua bahagian jabatan syarikat. Beliau perlu memastikan hasil kerja yang dihasilkan mengikut piawaian jenama yang telah ditetapkan.
Kubang Kerian, Kelantan
Pereka Laman Web
Bebas
Pereka Laman Web perlu bertanggungjawab terhadap user interface (UI) dan user experience (UX) laman web syarikat. Beliau juga perlu pastikan setiap tugasan yang diberikan mampu memenuhi piwaian jenama syarikat tanpa mengabaikan UI/UX.
Malaysia
Penulis Islamik Konten
Bebas
Intern
Penulis perlu mahir dalam menggunakan Bahasa Melayu dari semua aspek khususnya tatabahasa dan tanda baca. Beliau juga perlu kreatif di dalam menggarap sesuatu artikel agar lebih menarik dan mampu siapkan artikel di dalam masa yang telah ditetapkan.
Malaysia
Pemeriksa Kualiti Produk
Sambilan
Pemeriksa Kualiti Produk akan melakukan Quality Check (QC) dan pembungkusan bagi setiap produk yang masuk ke warehouse syarikat. Beliau perlu mematuhi setiap Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh syarikat bagi setiap produk.
Pasir Tumboh, Kelantan
Jurufoto & Penyunting Video
Intern
Jurufoto dan penyunting video akan menyediakan gambar, video dan apa sahaja keperluan syarikat untuk tujuan pemasaran. Beliau perlu mempunyai kemahiran untuk menterjemahkan keinginan syarikat kepada hasil kerja yang mencapai piawaian industri.
Kubang Kerian, Kelantan
Pemasar Digital
Intern
Pemasar Digital perlu melakukan hebahan terhadap produk-produk keluaran syarikat melalui pelbagai platform di internet. Beliau perlu belajar menggunakan sebarang platform yang ada untuk tujuan pemasaran seperti Facebook, Instagram, Youtube dan sebagainya.
Kubang Kerian, Kelantan
Sepenuh Masa - Bekerja secara sepenuh masa.
Sambilan - Bekerja secara sambilan.
Bebas - Bekerja secara bebas.
Intern - Pelajar menjalankan praktikal.