Dropship - AMRU
Discover the perfect gift for any occasion! Check out!

Click to Get a RM10 Discount for Your First Purchase!

Memperkenalkan AMRU Dropship

Buat Duit RM1000 Pertama Dengan Menjual Sejadah

Jana pendapatan dengan menjual pelbagai barangan ibadah keluaran AMRU secara dropship. Nikmati keuntungan sehingga 20%.

Jenama Pilihan & Dipercayai Oleh

Adakah Ini Masalah Anda..

Kami faham, bukan senang nak cari sesuatu untuk diusahakan agar boleh menjana pendapatan secara konsisten setiap bulan. Insya-Allah, kami benar-benar ingin membimbing anda menjana pendapatan.

Kenapa Dropship AMRU?

Sejak 2018, AMRU adalah salah satu jenama sejadah pilihan ramai di Malaysia, Brunei & Singapura, termasuk syarikat-syarikat korporat. Kualiti produk dan kepuasan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami.

Latihan & grup sokongan
disediakan buat semua yang mendaftar sebagai dropship.
Ada Sokongan
8-20% kadar keuntungan
ditawarkan bergantung kepada jenis produk. Penetapan harga jualan adalah sama bagi semua platform.
Kadar Keuntungan Tinggi
Bahan pemasaran disediakan
di dalam pelbagai bentuk seperti gambar, video, copywriting dan sebagainya. Anda juga boleh memohon bahan pemasaran yang sesuai.
Pemasaran Lebih Mudah
Insentif & ganjaran menarik
juga ditawarkan selain dari kadar keuntungan sedia ada. Contohnya, wang saguhati bagi top dropshipper.
Keuntungan Lebih Lumayan
Produk mudah dijual
kerana pemasaran yang berterusan dilakukan.
Senang Jual
Sistem tempahan
yang sistematik telah disediakan untuk semua dropshipper. Anda boleh mengetahui semuanya di hujung jari; status tempahan, kuantiti stok, nombor tracking dan sebagainya.
Berniaga Lebih Efisyen

Mereka Telah Berjaya

Alhamdulillah, sebahagian dropshipper telah menjana pendapatan sampingan mereka dengan menjual produk AMRU. Mereka hanya perlu mencari pelanggan, semua tempahan produk diuruskan oleh AMRU.

Last update: 10/08/2022

Perlukan Komitmen Anda

Yuran komitmen RM49 diperlukan bagi mencari mereka yang benar-benar serius. Setiap pendaftaran akan menerima dua produk best-seller AMRU iaitu Classic Tasbih - Kokka Wood (RM59) & Signature Perfume (RM39.90). Ia akan membantu anda untuk memahami kualiti dan keistimewaan produk keluaran AMRU sebelum dipromosikan kepada orang lain.

Dropship Kit
RM89.90
RM49
Anda akan menerima dua produk best-seller AMRU
Kokka Wood - 33 Beads
Signature Perfume
Minat
Positif
Agresif

Ayuh, Daftar Sekarang!

Sertai kami untuk mencari pendapatan sampingan yang lumayan. Bimbingan langkah demi langkah disediakan. Kami mencari individu yang serius; minat berniaga, positif dan agresif untuk menjadi dropshipper. Mempunyai pengalaman berniaga menjadi satu kelebihan.

MAKLUMAN: Slot untuk menjadi dropship AMRU adalah terhad bagi mengelakkan terlalu ramai individu menjual produk-produk keluaran AMRU. Oleh itu, Whatsapp kami segera sebelum terlambat!

Soalan Lazim

Dropship adalah satu konsep berniaga tanpa perlu simpan atau proses tempahan produk. Anda hanya perlu lakukan pemasaran untuk mendapatkan pelanggan. Setelah pelanggan melakukan bayaran kepada anda, seterusnya anda buat pula bayaran kepada AMRU berserta maklumat lengkap pelanggan. Pihak AMRU akan menguruskan tempahan produk terus kepada pelanggan anda. Senang, risiko rendah & menguntungkan.

Kadar keuntungan yang ditawarkan ialah sekitar 8-20% bergantung kepada koleksi. Contohnya, anda menjual Premium Sajada II pada harga yang telah ditetapkan iaitu RM249. Memandangkan kadar keuntungan bagi Premium Sajada II ialah 10%, anda hanya perlu buat tempahan kepada AMRU dengan harga RM224.10 (90%) sahaja. Keuntungan yang anda perolehi ialah RM24.90 (10%) bagi setiap helai.

Tempahan boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. Tetapi pihak AMRU akan memproses tempahan pada hari bekerja sahaja. Memandangkan kami berada di Kota Bharu, maka hari bekerja bermula Ahad sehingga Khamis. Penghantaran pula biasanya akan mengambil masa 1-3 hari bekerja, bergantung kepada kurier.

Tidak semua permohonan akan diterima. Kami hanya memilih individu yang benar-benar serius untuk membina perniagaan bersama AMRU. Kami tidak mengejar ejen dropship yang ramai, kami mengejar mereka yang berkualiti. Jangan tunggu lagi, anda boleh memohon segera!

Pendapatan anda tiada had. Ia bergantung sejauh mana pemasaran yang anda lakukan. Jika anda boleh menjual 10 helai sejadah sebulan, secara purata pendapatan anda adalah sekitar RM100-200.