Lembut & Menyerap Tekanan
Apabila bersentuhan dengan permukaan sejadah AMRU, ia sangat lembut dan mampu menyerap tekanan dengan baik kerana isian dari kapas asli sepenuhnya.
Mencengkam Permukaan
Fabrik jenis yang kasar digunakan pada bahagian bawah sejadah. Jadi, ia akan membantu untuk mencengkam permukaan lantai yang licin seperti simen atau tiles.
Tampak Eksklusif & Cantik
Sejadah AMRU ini hadir dengan dua warna premium yang sangat memikat. Sulaman pada bahagian tepi sejadah pula memberikan sentuhan eksklusif. Bukan sekadar cantik, ia juga memenuhi keperluan anda untuk solat dengan selesa dan tidak terganggu dengan sejadah ini.
Nur Shahidah –
Produk yg sgt bagus
Buatan kemas
Sangat selesa ketika memakainya
Wangi bau perfume yg diberikan
Najwa Hazirah –
Alhamdulillah terima kasih. Servis sangat pantas! My Mom kata lembut sangat sejadah nya. She loves it! ?
Norma Bekking –
Amru ini sangat cantik, tebal dan unik. Bagus untuk orang yang sakit lutut. Khidmat pelanggan juga sungguh memuaskan. Lain kali boleh order lagi. Courier pun cepat sampai.
Syaz Khan –
Sejadah cantik, lembut & selesa. Tak nmpk mcm tebal tp bile pijak ade rasa kelainan dr sejadah yg biasa. Mohon team Amru boleh besarkan & pnjgkan sedikit sejadah. Bukak je parcel, terus bau wangi.. mohon team Amru jual perfume sajada secara berasingan juga. Thank you team!
Adibah Chua –
Dapat dah sejadah ni. Postage ok, on time. Free gift semua dapat. Lawa colour dia
SITI AISHAH AHMAD BAZLI –
Saya telah membeli sepasang set sejadah amru u hantaran sy & suami..kualitinya mmg terbaik cuma terkilan dgn panjang sejadah y pendek sehingga suami sy tdk dpt mnggunakannya. Saya cadangkan pihak amru standarkan size sejadah seperti dlm pasaran sejadah kerana suami sy tdk ada mslh mnggunakan sejadah biasa y berada di pasaran
Yuliey Sudirman
verified AMRU buyer –
tempahan sy da terima dan sy sgt2 bpuashati lbh2 lg dpt frregift sejadah mini amru….sejadah yg tbaik yg sy pernah miliki…trma ksh amru
Marlina
verified AMRU buyer –
Saya da terima sejadah. Memang lawa n selesa sangat digunakan masa solat, sejadahnya lembut + wangi lagi bila letak perfume. InsyaAllah akan repeat order.
Muhammad Zulwaqar
verified AMRU buyer –
Saya dah dapat sajadah premium Amru sekali dengan tasbih dan perfume sajadah, Alhamdulillah. Produk selamat sampai pada 9 June.
Sebenarnya, sajadah tu hadiah untuk mak saya. Jadi feedback daripada dia selepas satu minggu ni, Alhamdulillah syukur dia suka dengan design sajadah yang minimal tapi kemasan premium. Ketebalan dan keselesaan sajadah pulak, dia kata sangat selesa terutama bila nak sujud lama lama tambahan lagi dengan sifat kapas yang sejuk semulajadi. Cuma, alangkah baik nya kalau panjang sejadah tu ditambah sedikit sekitar 20-25cm.
Overall, dia berpuas hati dengan sajadah premium Amru, dan saya pun turut tumpang berpuas hati dengan pembelian saya. Customer service Amru pun tip top.
Semoga Amru terus maju.